Wednesday, July 7, 2010

Pakaian tradisional



Saya memakai baju kebaya hanya pada Hari Raya kerana ia cantik dan coraknya warna-warni. Ia juga moden. Saya juga tidak lupa untuk memakai Baju Kurung, pakaian wanita melayu tradisional itu. Baju kurung juga ada yang moden dan berwarna warni seperti Baju Kebaya. Baju kurung dan Baju Kebaya tidak banyak beza sebenarnya. Ibu suka membelikan kami adik-beradik baju kebaya dan baju kurung yang sama tetapi berlainan warna supaya kami kelihatan berwarna-warni apabila berjalan-jalan pada hari raya-.- Kami selalu membeli baju -baju ini di First Lady kerana harganya berpatutan dan baju-baju di sana cantik dan moden.


Baju kebaya yang juga dikenali sebagai Baju Riau-Pahang ataupun Baju Belah selalu dipakai ramai wanita pada Hari Raya. Lebih ramai wanita yang memakai baju kebaya daripada baju kurung kerana baju kebaya lebih kelihatan moden dan cantik. Baju kebaya tidak selalu dipakai apabila ke Hari Perkhawinan orang ataupun kenduri kerana ia memanaskan(: Kebanyakan orang hanya memakai baju kurung yang 'simple' dan juga cantik.

No comments:

Post a Comment