Wednesday, July 7, 2010

Lagu melayu .


Ramai yang tidak mendengar lagu melayu lagi kerana ade musik yang moden dan berbahasa 'english' dan pada saya lagu-lagu ini lebih sedap didengar (: Tetapi ada lagu-lagu melayu tradisional yang saya tahu seperti Dondang Sayang . Gamelan , Kompang dan Angklung adalah beberapa alat muzik yang saya tahu . Di sekolah saya , terdapat kumpulan Angklung dan Gamelan dan murid-murid yang memasukinya tidak semua murid melayu . Ada juga murid-murid cina yang sudi belajar tentang alat muzik tradisional melayu ini . Saya sangat bangga dengan kecapaian ini . Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul. Kompang digunakan di majlis perkhawinan . Apabila saya ke majlis perkhawinan , pasti ada beberapa orang yang akan bermain kompang . Saya rasa kompang ini memang harus digunakan dalam majlis perkhawinan . Untuk maklumat yang lebih mendalam tentang alat-alat muzik menarik ini , kamu boleh ke lelaman :

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kompang
http://ms.wikipedia.org/wiki/Gamelan

Gambar-gambar di atas adalah gambar-gambar alat muzik tradisional (:

No comments:

Post a Comment