Sunday, July 25, 2010

Dikir Barat



Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas - balas pantun dan diikuti oleh awak awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan. Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan. 


Saya tidak pernah melihat persembahan Dikir barat. Cuma di TV saja. Jika diberi peluang, mungkin saya mahu menonton persembahan Dikir barat yang menarik dan unik ini.

Bulan Bahasa.

Taufik Batisah 'Bahasa Menjunjung Budaya'

http://www.youtube.com/watch?v=Y_NFWEfwlWE

Majlis pelancaran Bulan Bahasa 2010:

http://www.youtube.com/watch?v=J_Cn611u89M

Wednesday, July 7, 2010

Lagu melayu .


Ramai yang tidak mendengar lagu melayu lagi kerana ade musik yang moden dan berbahasa 'english' dan pada saya lagu-lagu ini lebih sedap didengar (: Tetapi ada lagu-lagu melayu tradisional yang saya tahu seperti Dondang Sayang . Gamelan , Kompang dan Angklung adalah beberapa alat muzik yang saya tahu . Di sekolah saya , terdapat kumpulan Angklung dan Gamelan dan murid-murid yang memasukinya tidak semua murid melayu . Ada juga murid-murid cina yang sudi belajar tentang alat muzik tradisional melayu ini . Saya sangat bangga dengan kecapaian ini . Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul. Kompang digunakan di majlis perkhawinan . Apabila saya ke majlis perkhawinan , pasti ada beberapa orang yang akan bermain kompang . Saya rasa kompang ini memang harus digunakan dalam majlis perkhawinan . Untuk maklumat yang lebih mendalam tentang alat-alat muzik menarik ini , kamu boleh ke lelaman :

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kompang
http://ms.wikipedia.org/wiki/Gamelan

Gambar-gambar di atas adalah gambar-gambar alat muzik tradisional (:

Pakaian tradisional



Saya memakai baju kebaya hanya pada Hari Raya kerana ia cantik dan coraknya warna-warni. Ia juga moden. Saya juga tidak lupa untuk memakai Baju Kurung, pakaian wanita melayu tradisional itu. Baju kurung juga ada yang moden dan berwarna warni seperti Baju Kebaya. Baju kurung dan Baju Kebaya tidak banyak beza sebenarnya. Ibu suka membelikan kami adik-beradik baju kebaya dan baju kurung yang sama tetapi berlainan warna supaya kami kelihatan berwarna-warni apabila berjalan-jalan pada hari raya-.- Kami selalu membeli baju -baju ini di First Lady kerana harganya berpatutan dan baju-baju di sana cantik dan moden.


Baju kebaya yang juga dikenali sebagai Baju Riau-Pahang ataupun Baju Belah selalu dipakai ramai wanita pada Hari Raya. Lebih ramai wanita yang memakai baju kebaya daripada baju kurung kerana baju kebaya lebih kelihatan moden dan cantik. Baju kebaya tidak selalu dipakai apabila ke Hari Perkhawinan orang ataupun kenduri kerana ia memanaskan(: Kebanyakan orang hanya memakai baju kurung yang 'simple' dan juga cantik.

Permainan tradisional.



Permainan tradisional kegemaran saya ialah congkak kerana ia seronok, senang dan perlu memikir untuk menang. Saya akan main permainan ini bersama kakak saya dan saudara mara apabila kami ke rumah seorang saudara saya yang mempunyai congkak. Ibu selalu menakutkan kami dengan cerita-cerita tentang congkak. Congkak adalah permainan tradisional yang popular. Tidak ramai yang masih main permainan ini.